~ leman sejenis tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
Author Archives: admin
sapu II
[Jawa];
menyapu memukuli dengan rotan (sebagai hukuman).
sapu I
1. alat (daripada lidi, sabut, roman, dan lain-lain) untuk membersihkan lantai dan lain-lain:
dia membersihkan rumahnya dengan ~ lidi;
2. sesuatu yang digunakan untuk membersihkan (mengesat, menghapus, dan lain-lain);
~ jagat
a) sejenis meriam besar;
b) sejenis hantu hutan;
~ tangan
a) kain segi empat (untuk mengesat muka, peluh, dan lain-lain);
b) destar, setangan;
~ tangan menali ayam (peribahasa) perihal kemiskinan yang amat sangat;
seperti ~ (penyapu) diikat dengan benang sutera (peribahasa) sesuatu yang tidak kena pada tempatnya;
bersapu
1. (sudah) dibersihkan (dikesat dan lain-lain) dengan sapu:
bilik saya belum ~;
2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pada permukaannya):
bersama-sama susu lembu itu disediakannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega;
menyapu
1. membersihkan lantai dengan sapu:
~ lantai;
2. mengesat, menghapuskan, mengusap:
sambil mengesat ia ~ air matanya;
3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap:
dilucuntukan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya;
4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke:
di dalam gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok;
5. melumas (dengan cat, kapur, dan lain-lain):
rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat;
6. melumur (bedak ke muka dan lain-lain);
7. [bahasa percakapan] melenyapkan sama sekali (wang dan lain-lain), mengambil habis, membinasakan sama sekali:
wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah;
~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, memenangi, dan sebagainya) kesemuanya;
menyapukan
1. menyapu untuk orang lain;
2. memakai sesuatu untuk menyapu, menyapu dengan;
3. melumurkan (melumaskan, menggosokkan, dan lain-lain) sesuatu pada (sesuatu permukaan dan sebagainya):
maka oleh si pelulut ubat guna daripada Hang Nadim itu disapukannya pada tubuh Tun Teja;
selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pada muka dan leher;
tersapu
1. sudah disapu, sudah dibersihkan;
2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, dimusnahkan, dan lain-lain):
haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya;
sapuan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) menyapu:
dia merasai sesuatu daripada ~ hujung rambut perempuan itu;
2. hasil menyapu;
penyapu alat untuk menyapu (membersihkan dan lain-lain), sapu:
sebatang ~ lidi dikeluarkannya;
~ ranjau kapal untuk membersihkan ranjau di laut;
disambut dengan ~ tak bersimpai (peribahasa) dihalau keluar dari sesuatu majlis kerana dibenci orang.
saptamarga
[Indonesia] jalan yang tujuh (tujuh fasal yang mesti dipatuhi oleh anggota tentera).
saptadarma
[Indonesia] kewajiban yang tujuh.
sapta
(Sanskrit) tujuh (dalam kata majmuk).
saprozoit
(Biologi) haiwan atau tumbuhan yang bergantung hidup pada bahan organik yang mati atau reput sebagai sumber makanannya.
saproplankton
(Biologi) plankton yang hidup dalam air yang tercemar.
saprofit
(Biologi) tumbuhan yang hidup dengan memakan benda-benda yang reput (busuk).
saprofagus
(Biologi) memakan bahan organik yang mati atau reput (berkenaan (dengan) haiwan).