~-bara = tersara-bara kacau-bilau, kelam-kabut, tidak keruan:
maka orang pun larilah ~-bara.
Author Archives: admin
sara II
bersara turut serta (dalam sesuatu perkongsian dan lain-lain).
sara I
1. = ~ hidup keperluan untuk hidup (wang, makanan, dan lain-lain), nafkah:
suamilah yang berkewajiban berusaha mencari ~ hidup;
2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup:
ia mendapat ~ daripada syarikat itu;
bersara
1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab):
biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati;
2. berhenti daripada bergiat dalam sesuatu lapangan (seperti kegiatan sukan):
bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ daripada arena badminton baru-baru ini;
membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara:
langkah ini diambil untuk memudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang difikirkan perlu diganti;
menyara menanggung sara hidup, memberi sara kepada:
harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat;
mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yang berbilang mulut;
sar II
[Kelantan] lembing untuk menikam kelapa.
sar I
bunyi seperti bunyi angin kencang.
saqar
[Arab] neraka (yang keempat).
saput II
akar ~ tunggal sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung janing, Tylophora tenuis.
saput I
lapisan yang tipis, selaput;
menyaput, menyaputi melitupi sesuatu dengan benda-benda yang tipis (embun, awan, selaput, dan lain-lain):
masjid itu pun disaput orang dengan berbagai-bagai warna;
di tengah tasik itu ada sebuah pulau sentiasa berasap seperti disaput embun rupanya.
sapu-sapu
~ ringin sejenis permainan kanak-kanak (melunjurkan kaki dan disapukan jari di atas kaki itu).
sapung
bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.