tersedik terlintas (dalam hati):
ketika perkataan itu ~ di hatinya, dia mengangkat tangannya.
Author Archives: admin
sedih II
1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dalam hati:
Ramli memandang kepada ibunya dengan sayu, ~, perih;
2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba):
Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya;
berita ~;
cerita ~;
bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita:
dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh;
menyedihkan
1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacitakan:
apa yang ~ hati adik?
2. berasa sedih kerana sesuatu:
tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu;
kesedihan perihal sedih, kepiluan:
bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~;
penyedih orang yang mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).
sedih I
sedan, sedu:
tangis dan ~;
tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak.
sediakala
1. yang dahulu, yang semula, yang sudah-sudah:
maka surat dari Johor disuruh baginda jemput, seperti adat yang ~;
2. [sastera lama] sentiasa, selalu, setiap waktu:
adapun Seri Rama ~ duduk dengan percintaannya juga.
sedia
1. memang ada (sejak dari mula atau dahulu), yang asal (sudah-sudah, dahulu), semula:
Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura;
2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya):
yang hidup itu ~ akan mati juga sudahnya;
kegemarannya tetap macam ~;
3. siap (untuk berbuat sesuatu), mustaid:
tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang;
4. sanggup dan rela (mahu), sudi:
Amerika ~ mengirimkan rombongan itu pada bila-bila masa sahaja;
5. telah sudah:
Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang;
sedianya sememangnya, sebetulnya, sepatutnya, jangkanya:
~ hamba hendak ke rumah Tuan;
bersedia
1. bersiap (untuk melakukan sesuatu, menanti, dan lain-lain):
~ untuk menghadapi musuh;
2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri:
ia sedang ~ untuk berangkat;
3. rela dan sanggup:
~ menolong orang miskin;
kebersediaan perihal (keadaan) bersedia:
~ untuk tolong-menolong;
menyediakan
1. menyiapkan (makanan dan lain-lain), melengkapkan (kapal, kenaikan, dan lain-lain), mencukupkan (wang dan lain-lain):
diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ pancapersada;
~ wang untuk membeli kereta;
2. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur, menyusun:
wakil itu ~ kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;
tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada:
teman hidupmu yang ibu idam-idamkan sudah~;
ketersediaan keadaan tersedia:
~ indeks;
kesediaan perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: mereka menampakkan ~ untuk berjuang demi bangsa dan negara;
persediaan
1. perbuatan menyediakan, persiapan:
perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~;
2. = sediaan sesuatu yang telah disediakan (ada), cadangan;
buku ~ mengajar buku yang mengandungi butir-butir pelajaran yang akan diajarkan kepada murid sehari-hari (disediakan oleh guru);
penyedia orang (institusi, badan, dan sebagainya) yang menyediakan sesuatu:
~ makanan.
sederhana
1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang:
badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah;
pakaiannya yang ~;
2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah:
buat satu ayat yang ~;
dia menjelaskannya dengan kata-kata yang ~;
menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dan lain-lain):
kerajaan hendak ~ sistem pelajaran;
kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan):
suasana kampung yang harmonis digambarkan oleh Othman dengan penuh ~;
penyederhanaan perbuatan menyederhanakan:
Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen.
sederam
serentak (letupan dan lain-lain), sekali gus:
bedil kecil meredang garam, bedil besar ~-~.
sedelinggam
sejenis bahan cat yang merah;
= linggam.
sedekah
1. pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas):
orang memberi ~ kepada fakir bukan untuk mendapat pahala;
teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah;
2. kenduri (minta selamat dan lain-lain):
tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sebagai ~ kami kepada roh Ungku Sahrin;
3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dan lain-lain) untuk orang halus (penunggu, hantu, dan lain-lain);
~ arwah kenduri untuk memperingati arwah;
~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai;
~ kubur
a) kenduri selepas mengebumikan mayat;
b) sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dan lain-lain);
bersedekah
1. memberi sedekah (hadiah, derma):
~ ialah satu daripada amal kebajikan;
2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dan lain-lain):
orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan;
menyedekahi
1. memberi sedekah kepada:
aku tidak sudi ~ orang pemalas;
2. mengadakan kenduri untuk:
ia ~ arwah anaknya;
menyedekahkan memberikan sesuatu untuk sedekah, mendermakan:
maka sekalian harta itu disedekahkan kepada segala fakir dan miskin.
sedawai
sejenis tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, Smilax calophylla.