segala

1. semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh:
~ negeri yang bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan;

2. seluruh, segenap:
~ badannya berlumuran darah;

3. semuanya, serba;
~ salah serba salah;

4. [Jakarta], [bahasa kasar] memangnya, sungguh (untuk memaki);

segalanya termasuk apa sahaja (tidak terkecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya:
~ kabur dan dangkal;
di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir;

segala-galanya seluruhnya sekali, sekaliannya (tiada kecuali):
mereka itu menguasai ~;

disegalaapakan [arkaik] dilakukan dengan sekehendak hati (sewenang-wenangnya);

kesegalaan keseluruhan:
~ yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

segak II


1. bergaya, gagah, kacak, tampan:
Latif yang ~ tampan sedang menukar bajunya;

2. sembuh daripada sakit, segar, sihat;

menyegakkan menyihatkan (menyegarkan) badan;
~ diri menggayakan (menggagahkan) diri;

kesegakan perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan.

segah

1. berasa penuh (kerana kekenyangan dan lain-lain), senak;

2. terlalu penuh berisi (pundi-pundi, karung, dan lain-lain).

segading

~ jantan
a) sejenis tumbuhan (pokok), pecah payung, Ixora crassifolia;
b) sejenis tumbuhan (pokok), jarum hutan, Ixora grandifolia.

sega

licin berkilat (kulit rotan dan lain-lain);
rotan ~ sejenis tumbuhan (palma), Calamus caesius.

seer

[Kelantan] berasa jijik atau geli kerana kotor, berlendir, dan sebagainya.

sedut

menyedut
1. menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dan lain-lain), menghirup, menghisap:
dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yang keluar dari hidungnya;
dia ~ rokoknya;

2. [kiasan] memetik, mengambil, mendapatkan (dengan keras), memeras:
di bawah ini kita sedut sebahagian besar daripada surat-surat itu;
mereka ~ wang daripada orang ramai;

tersedut terhisap (dengan kekuatan udara) masuk kerana disedut:
maka darah itu dengan serta-merta ~ masuk ke dalam tiga pembuluh besar;

sedutan
1. yang telah disedut, hasil menyedut:
~ pertamanya pada rokok itu panjang sekali;

2. sebahagian kecil daripada sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dan sebagainya yang dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan:
sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut;
tayangan ~ filem yang berkenaan menjadi sebahagian daripada atur cara majlis;

penyedutan perbuatan menyedut (menghisap dan lain-lain), penghisapan;

penyedut sesuatu (alat dan lain-lain) yang menyedut;
~ air batu pembuluh untuk menyedut air batu, straw;

berpenyedut mempunyai penyedut:
gelas ~.

seduh

menyeduh mencampurkan (menghancurkan, merendam seperti daun teh, dan lain-lain) dengan air panas:
~ kopi (teh);

seduhan (air dan lain-lain) yang telah diseduh:
air ~ daun-daunan.