segi

1. garis pada tepi dadu (kotak dan lain-lain), sanding:
batang pensel yang enam ~nya;
kikir tiga ~;

2. garis pada tepi bidang, garis-garis yang menjadi pemidang (pada rajah, gambar rajah, dan lain-lain), sisi:
lukis sebuah rajah tiga ~ di dalam bulatan ini;

3. permukaan yang kecil-kecil (pada intan dan lain-lain);

4. [Indonesia] ruangan yang memanjang pada kertas, lajur, kolum;

5. [kiasan] pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek:
dari ~ agama, suaminya memang berhak beristeri lagi;

bersegi ada seginya (sanding, sisi);
betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang (peribahasa) orang yang bebas sekali hidupnya;

persegi
1. ada seginya, bersegi:
~ lima;

2. bidang yang mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat;
~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yang sisinya tidak sama panjang;

3. [Indonesia] bujur sangkar, ganda dua:
daerah itu luasnya 12 batu ~.

segerang

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat),
a) akar tengkang merah, akar tengkang putih, getah gerip putih, Willughbeia flavescens;
b) akar cerit murai, akar gerip relong, akar getah gerip, getah pucung kapur, Willughbeia tenuiflora.

segera

tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas:
marilah kita pergi ~ ;

segera-segera [sastera lama] segera:
pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini;

bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa:
kami pun ~ menukar pakaian;

bersegera-segera [sastera lama] bersegera;

menyegerakan
1. melekaskan, mencepatkan:
Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya;

2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas:
maka Bendahara dan Seri Nara Diraja ~ orang membuat istana;

kesegeraan keadaan segera:
~ usaha di peringkat persekutuan untuk melaksanakan perubahan;

penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan:
kajian itu mengaitkan vitamin C dengan ~ pemulihan serangan sakit jantung.

segenting II

daun ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), adal-adal, puding, puding mas, puding perak, Codiaeum variegatum.

segel

[Indonesia-Belanda]
1. cap (sebagai tanda), tera, meterai;
~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dan lain-lain;

2. kupon (untuk membeli barang-barang);

menyegel
1. mengecap (dengan tera, meterai);

2. membubuh cap (pada surat-surat penting dan lain-lain) dengan lak dan lain-lain;

3. [kiasan] menutup kedai dan lain-lain (oleh polis kerana melanggar undang-undang dan lain-lain);

penyegelan perbuatan menyegel.

segeh

[Minangkabau] siap sedia, kemas, teratur;

bersegeh berkemas, bersiap sedia;

menyegehi mengemasi, menyelesaikan (persiapan).