segau

~ petaling sejenis tumbuhan (pokok), akar kembang hutan, kayu cenderus, seburas hitam, Trifurcum urophyllum.

segari

~ berdahan sejenis tumbuhan (pokok kecil), cindangan hutan, jolok hantu, lupa dahan, malas berdahan, mempelai bukit, segan berdahan hutan, telur obok, tumbuh nyiur, Arthrophyllum oralifolium.

segar I

1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas:
perjalanan darah menjadi bertambah kencang dan seluruh anggota akan ~;

2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram):
angin yang berhembus sepoi-sepoi dari balik bukit itu ~ nyaman;

3. tumbuh dengan suburnya (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan), tidak layu:
tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini;

4. rancak, cergas, hidup:
gaya pengucapan yang ~;
ia juga mengharapkan novel Alias Ali yang akan datang akan lebih ~ daripada novel Gersang ini;

5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dan lain-lain), terlekat pada ingatan:
segala apa yang terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dalam ingatannya;
tenaga-tenaga baru yang masih ~;
~-bugar
= ~-pugar
a) sihat (cergas, subur, pantas) benar:
menangis ibunya melihat keadaan puteranya yang dahulunya ~-bugar, kini hanya sebagai rangka;
b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dan lain-lain);

menyegar menjadi segar (kulit dan sebagainya):
kulit boleh melembut dan ~ dengan menggunakan krim muka ini;

menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar:
bersenam dan bermain itu ~ otak;
angin malam berhembus ~;

kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dan lain-lain), kecergasan:
~ badannya dijaga sungguh-sungguh;

penyegaran proses menyegarkan sesuatu;

penyegar sesuatu yang menyegarkan (menyebabkan menjadi segar).

segan-menyegani

saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dengan lain);

menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan:
kalau begitu apalagi yang kakak segankan;

keseganan
1. yang disegani (ditakuntukan, dimalukan):
tetapi ada anaknya yang mulia dan gagah ~ orang banyak;

2. perihal segan (malu, takut, malas, dan lain-lain), keengganan, kemalasan;

penyegan orang yang segan (malas, malu, dan lain-lain), pemalas, pemalu:
dahulunya saya perawan yang pendiam lagi ~.

segan II

1. sejenis burung,
a) burung malas, Caprimulgus indicus;
b) burung kubur, Caprimulgus macrurus;

2. sejenis burung, burung cucur, Batrachostomus auritus.

segan I

1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas:
mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu;

2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dan lain-lain):
ada sesetengah ibu yang berasa ~ kerana mengandung;
tak ~

a) mahu, sudi, suka;
b) tidak malu;
c) tidak takut-takut;
tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai;
~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut;
~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan (peribahasa) kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

segan-segan malu-malu:
janganlah ~, jemputlah masuk;

segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita;

menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kepada, memalui, menghormati serta menakuti:
ia sangat disegani oleh teman-temannya;
pahlawan perang dan anggota dewan perwakilan rakyat yang disegani;