1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas:
mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu;
2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dan lain-lain):
ada sesetengah ibu yang berasa ~ kerana mengandung;
tak ~
a) mahu, sudi, suka;
b) tidak malu;
c) tidak takut-takut;
tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai;
~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut;
~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan (peribahasa) kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;
segan-segan malu-malu:
janganlah ~, jemputlah masuk;
segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita;
menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kepada, memalui, menghormati serta menakuti:
ia sangat disegani oleh teman-temannya;
pahlawan perang dan anggota dewan perwakilan rakyat yang disegani;