sedu IV

[arkaik] [sastera lama] cantik, elok, manis (rupa dan lain-lain);
tingkah laku puteri itu ~ perdana sedap manis dipandang.

sedu I

sedan;
~-sedan suara yang terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dan lain-lain):
dengan tiba-tiba ~-sedannya bertambah dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya;

bersedu, bersedu-sedu, tersedu, tersedu-sedu menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam dan lain-lain), teresak-esak, tersedan:
ibunya masih ~ dengan kesedihan yang mendalam untuk meninggalkan rumahnya.

sedimen

(Geologi) bahan seperti lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya yang dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah, endapan.