sedatif

(Perubatan)

1. mempunyai kesan menenangkan saraf atau melegakan ketegangan (berkenaan (dengan) ubat):
ubat ~;

2. ubat yang menenangkan saraf atau melegakan ketegangan, ubat penenang.

sedar

1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti:
ia ~ dirinya diancam dari luar dan dalam;
kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini;

2. ingat kembali, bangun atau jaga (daripada tidur), siuman semula:
~ daripada pengsan (tidur);
~ tak ~
antara sedar dan tidak;
~ (sedarkan) diri
a) tahu akan dirinya;
b) siuman;
tidak ~ (sedarkan) diri
a) tidak ingat akan diri;
b) tidak tahu di untung;

menyedar = ~ arwah [Minangkabau] kenduri mengingati arwah, kenduri pada bulan Syaaban;

menyedari mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi:
dia mula ~ bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa;
kita ~ kelemahan bangsa kita dalam lapangan sains;

menyedarkan menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan:
~ bangsa sendiri supaya lebih maju;
~ orang daripada pengsan;

tersedar
1. teringat, ingat:
maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda;

2. terjaga (daripada tidur), sedar (daripada), kembali sedar (daripada pengsan dan lain-lain):
tiba-tiba ~ daku daripada tidurku;

kesedaran perihal (keadaan dan lain-lain) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan:
usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yang amat tinggi;
~ ingin belajar juga telah timbul;
sentimen yang demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dalam dada Abdullah sendiri;

ketidaksedaran perihal (atau keadaan) tidak sedar akan sesuatu;

penyedaran perbuatan menyedarkan;

penyedar
1. yang menjadikan sedar, yang menyedarkan;

2. yang menyedari atau menginsafi (sesuatu):
Latiff merasakan sesuatu yang diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yang terlalu ~.

sedap I

enak (pada rasa, bau, dan lain-lain), senang (pada perasaan dan lain-lain), nyaman:
tubuh saya tidak ~;
kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan bersama-sama dengan ~nya;
asal ada kata begitu alangkah ~ di dalam hati;
~ hati
senang, tenteram;
~ keleh [Kelantan] indah (pada pandangan) dan menarik;
~ manis
a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan);
b) enak (cita rasanya);
~ mulut sekehendak hati:
jangan pakai cakap ikut ~ mulut;
~ dahulu pahit kemudian
(peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal;

~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan (peribahasa) sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak;

menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dan lain-lain), menyamankan, menyenangkan (hati, perasaan):
pengakuan doktor itu ~ hati isterinya;
Aji-no-moto ialah sejenis bahan untuk ~ masakan
;

sedap-sedapan, sedapan (hidangan) makanan yang sedap-sedap atau enak;

kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenakan, kelazatan:
mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur;

penyedap sesuatu yang menyedapkan:
kata-kata itu menjadi ~ hatinya.

sedang IV

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gegerip jantik, akar gegerip putih, akar kesidang jantan, akar seraput, Parameria polyneura.

sedang III

= sedangkan
1. sekalipun, walaupun, meskipun:
belum pernah ia merasai hidup senang seperti perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku;
sedangkan binatang yang tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia;

2. padahal, walhal:
dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedangkan ia lemah.