sedang II

1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dan lain-lain) dan tidak kecil (miskin, buruk, dan lain-lain), berpatutan:
sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja;

2. cukup, lumayan, pada:
baju ini ~ untuk saya;

3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan:
kepintarannya ~ saja;

menyedang
1. memeriksa (menilik, mencuba) sedang atau tidak:
~ baju;

2. = sedang-menyedang [Minangkabau] mencukupi, memadai;

menyedangkan, menyedang-nyedangkan menjadikan cukup (pada), menjimatkan supaya cukup.

sedang I

1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih:
saya ~ mencuci tangan;
ia ~ sakit;

2. sementara, dalam pada itu, dalam waktu itu, ketika itu:
matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang.

sedan II

= kereta ~ kereta bertutup yang mempunyai dua atau empat pintu, dan tempat duduk untuk empat atau enam orang, termasuk pemandu.

sedan I

= sedu-~ = ~-sedu suara seperti suara orang yang sudah lama menangis, tangis yang terputus-putus (timbul tenggelam):
Urip pun menangis ~-~;

bersedan-sedan, tersedan-sedan menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak:
ia menangis tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya.

sedam

[sastera lama] bunyi letupan meriam:
bedil kecil merendang garam, bedil besar ~-~ .

sedak II

rotan dan lain-lain yang dipasang berkeliling gendang dan lain-lain (untuk menegangkan kulit gendang);

menyedak menegangkan kulit gendang dan lain-lain dengan sedak, memasang sedak:
~ rebana.

sedak I

tersedak, kesedakan terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan, dan lain-lain):
kadi ~ dan menyembur sedikit air yang di dalam mulutnya.