sejenis tumbuhan (pokok renek), cama, Clausena excavata.
Author Archives: admin
secang
[Jawa] sepang.
sebut harga
(Ekonomi) pernyataan harga yang diberikan oleh pembekal kepada bakal pembeli untuk sesuatu barangan yang dipesan;
menyebut harga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan:
kontraktor itu ~ RM 2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan.
sebut
[bahasa percakapan] = menyebut;
menyebut
1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang tertentu):
adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar;
2. memanggil, menyeru (nama dan lain-lain):
aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang;
3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkataan, kalimah, dan lain-lain):
guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dengan terang;
4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu:
kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa seperti yang telah disebut tadi;
menyebut-nyebut selalu benar menyebut:
mulutnya ~ ibunya;
tersebut
1. telah disebut (diceritakan dan lain-lain), pernah disebut:
maka saya pun terimalah rial yang ~ itu dengan beribu-ribu terima kasih;
2. terkatakan, terperikan:
maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi;
3. = kesebutan [arkaik] terkenal atau termasyhur (berkenaan (dengan) orang dan lain-lain);
~lah perkataan [sastera lama] akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
sebutan
1. apa yang disebut, (sesuatu) yang disebut:
ada yang perempuan seperti yang telah lalu ~nya pada bab yang pertama
; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dan lain-lain), ucapan, lafaz:
pendengaran bergantung pada bunyi ~ huruf saksi;
~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, sebutan standard;
3. = sebut-sebutan yang selalu dipercakapkan (dibualkan dan lain-lain), buah mulut:
telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yang baik dan rendah hati;
baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah;
4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dan sebagainya):
Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia;
5. (Matematik) simbol atau rangkaian simbol yang mempunyai nilai-nilai tertentu (seperti 3xy2);
6. [Indonesia] cerita (dalam sesuatu ayat), hal, perkara;
penyebutan
1. perihal menyebut:
ia berkehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dengan betul;
2. panggilan, gelaran, sebutan:
segala orang dalam, memanggilnya Dato Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato Putih;
penyebut
1. (orang) yang menyebut;
2. [Indonesia] penyambut dalam angka pecahan (angka 3 dalam angka pecahan 2/3).
sebusuk
1. sejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk, Cassia nodosa;
2. sejenis tumbuhan (pokok renek), beluntas padi, rumput turi, Clitoria laurifolia;
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat), melur hutan, perual, Coptosapelta griffithii.
seburut
sejenis tumbuhan (pokok kecil), geroboh, Thottea grandiflora.
seburus
~ hitam sejenis tumbuhan (pokok), akar kembang hutan, Urophyllam trifurcum.
seburu
sejenis tumbuhan (pokok), Ouratea sumatrana.
seburas
sejenis tumbuhan (herba), pokok tebuk keluih, tampuk lilin, Pollia sorzogonensis.
sebura
sejenis tumbuhan (pokok), Adinandra dumosa.