sedekah

1. pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas):
orang memberi ~ kepada fakir bukan untuk mendapat pahala;
teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah;

2. kenduri (minta selamat dan lain-lain):
tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sebagai ~ kami kepada roh Ungku Sahrin;

3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dan lain-lain) untuk orang halus (penunggu, hantu, dan lain-lain);
~ arwah kenduri untuk memperingati arwah;
~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai;
~ kubur
a) kenduri selepas mengebumikan mayat;
b) sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dan lain-lain);

bersedekah
1. memberi sedekah (hadiah, derma):
~ ialah satu daripada amal kebajikan;

2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dan lain-lain):
orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan;

menyedekahi
1. memberi sedekah kepada:
aku tidak sudi ~ orang pemalas;

2. mengadakan kenduri untuk:
ia ~ arwah anaknya;

menyedekahkan memberikan sesuatu untuk sedekah, mendermakan:
maka sekalian harta itu disedekahkan kepada segala fakir dan miskin.

berkongsi