1. memang ada (sejak dari mula atau dahulu), yang asal (sudah-sudah, dahulu), semula:
Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura;
2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya):
yang hidup itu ~ akan mati juga sudahnya;
kegemarannya tetap macam ~;
3. siap (untuk berbuat sesuatu), mustaid:
tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang;
4. sanggup dan rela (mahu), sudi:
Amerika ~ mengirimkan rombongan itu pada bila-bila masa sahaja;
5. telah sudah:
Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang;
sedianya sememangnya, sebetulnya, sepatutnya, jangkanya:
~ hamba hendak ke rumah Tuan;
bersedia
1. bersiap (untuk melakukan sesuatu, menanti, dan lain-lain):
~ untuk menghadapi musuh;
2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri:
ia sedang ~ untuk berangkat;
3. rela dan sanggup:
~ menolong orang miskin;
kebersediaan perihal (keadaan) bersedia:
~ untuk tolong-menolong;
menyediakan
1. menyiapkan (makanan dan lain-lain), melengkapkan (kapal, kenaikan, dan lain-lain), mencukupkan (wang dan lain-lain):
diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ pancapersada;
~ wang untuk membeli kereta;
2. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur, menyusun:
wakil itu ~ kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;
tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada:
teman hidupmu yang ibu idam-idamkan sudah~;
ketersediaan keadaan tersedia:
~ indeks;
kesediaan perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: mereka menampakkan ~ untuk berjuang demi bangsa dan negara;
persediaan
1. perbuatan menyediakan, persiapan:
perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~;
2. = sediaan sesuatu yang telah disediakan (ada), cadangan;
buku ~ mengajar buku yang mengandungi butir-butir pelajaran yang akan diajarkan kepada murid sehari-hari (disediakan oleh guru);
penyedia orang (institusi, badan, dan sebagainya) yang menyediakan sesuatu:
~ makanan.