sempelah

hampas, keladak, semperah:
~ kelapa;
~ tebu;

2. [kiasan] tidak berguna (orang), sampah masyarakat;
anak ~ anak yang tidak berguna.

sempayan

~ pitu sejenis tumbuhan (pokok kecil), celeguri, guriam, kecolam, lampin budak, puding, Clerodendron disparifolium;
~ ular
sejenis tumbuhan (pokok kecil), kelentit nyamuk (laut), medang putih, pena-pena, senyamuk, Guioa pleuropteris;
~ ular
sejenis tumbuhan (pokok kecil), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan, lengkuang, Ostodes macrophylla.

sempat

masih ada peluang (waktu, masa) untuk…, dan ([bahasa percakapan]):
saya cuba lari tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang;

menyempat menantikan peluang (waktu yang baik);
tak ~ tidak mahu menunggu-nunggu (bertangguh) lagi;

menyempati mendapat peluang (waktu) untuk;

menyempatkan mengadakan peluang untuk, meluangkan waktu untuk;

kesempatan peluang untuk, waktu yang terluang untuk:
Rejab mengambil ~ itu untuk melarikan diri;
hal ini tidak memberikan ~ kepadanya untuk membalas;
pada ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera;

berkesempatan ada kesempatan (peluang) untuk:
kadangkala apabila ~, dia pulang menjenguk ibunya di kampung.

sempang II

~-sempung berolang-aling (perahu), terolek-olek:
belalah perahu buruk ~-sempung di pangkalan itu.

sempalai

bersempalai, tersempalai terlantar (seperti bangkai) kerana terlalu letih dan lain-lain.

sempal III

[Jakarta] patah (dahan, cabang kayu, dan lain-lain), sekah;

menyempal mematahkan (dahan kayu dan lain-lain), menyentak hingga (menyebabkan jadi) sekah.

sempal II

menyempal mengisi (lubang, mulut dan lain-lain) penuh-penuh, menyumbat, menjejal:
buluh yang disempal dengan daun pisang;
~ lidah (mulut)
ki mendiamkan diri, tidak menyahut (panggilan orang dan lain-lain);

tersempal
1. tersekat (di tekak dan lain-lain), tersumbat;

2. [kiasan] tidak terasa apa-apa, kelu.

sempal I

menyempal, tersempal menyembul atau tersembul keluar (pusat yang bujal, tembakau songel, dan lain-lain).