sempit

1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dan lain-lain), kecil, ketat (pakaian):
di kiri kanan lorong yang ~ itu terdiri beberapa buah rumah;
memakai seluar yang ~;

2. [kiasan] cetek atau picik (pandangan, fikiran, dan lain-lain), dangkal:
fikirannya ~;

3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus:
perkataan agen dalam konteks racun kulat mempunyai erti yang ~;

4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dan lain-lain), susah (penghidupan dan sebagainya):
semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya;
sejak kampung itu dihitamkan, kehidupan penduduknya semakin ~;
~ akal
pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran;
~ alam [Minangkabau] pemarah;
~ dada lekas marah;
~ hati lekas marah, tidak sabar;
~ kening mudah tersinggung;

bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak:
hidup ~ dalam sebuah rumah kecil;

menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit:
tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja;

menyempitkan
1. menjadikan sempit, mengurangkan keluasan (sesuatu), mengecilkan:
pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisahkan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang;

2. [kiasan] menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dan sebagainya), menyusahkan, menyesakkan, membataskan:
perkara ini tidak ~ perjalanan nafas;
biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya;
secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat daripada pergerakan belia;

mempersempit menjadikan lebih sempit;

kesempitan
1. perihal sempit (susah, sesak, dan lain-lain):
kita dalam ~, kekurangan dan ketiadaan;
kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan;

2. dalam keadaan terdesak, tersesak:
dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~;

penyempitan perbuatan menyempitkan.

semping

[Kelantan] tidak lengkap (bahagian badan), cacat;
kepala ~ kepala yang tidak berambut sebelah (sebahagian daripadanya botak);
telinga ~ telinga yang rabit (terpotong dan lain-lain).

semperung

1. corong (lampu dan lain-lain), cimni, serombong;
~ asap corong asap (pembuluh tempat keluar asap);

2. buluh (besi dan lain-lain) untuk meniup api, salung api;

3. teropong.

sempena I

berkat, tuah;
mengambil ~ mengambil berkat;
keris ~ keris yang berlok tiga (lima, tujuh);

bersempena mengambil berkat (daripada):
pertunjukan MAHA pada tahun ini diadakan ~ dengan hari ulang tahun kemerdekaan yang kesepuluh;

menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kepada.