sempadan

1. batas (negeri, daerah, kampung, dan lain-lain), perbatasan:
pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia;

2. tanda garisan, (pancang dan lain-lain) perbatasan atau batas;

3. (Matematik) salah satu garisan lurus yang membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dan lain-lain):
rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut;

4. [kiasan] had, takat:
ia kasih kepada anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya;

bersempadan = ~ dengan berbatas dengan (sesuatu kawasan, daerah, dan lain-lain):
negeri-negeri yang ~ dengan Lautan Atlantik;

bersempadankan mempunyai (sesuatu) sebagai sempadan:
kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah;

menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kepada, membatasi, memisahkan, menceraikan:
jalan sempit yang ~ Kampung Kambing dengan bangunan-bangunan pekerja JKR;

persempadanan hal yang berkaitan dengan sempadan (seperti penentuan sempadan dan lain-lain):
sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya;
~ bahagian pilihan raya
(Undang-undang) perubahan yang dibuat dalam pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kepada bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.

semomah

sejenis tumbuhan (pokok kecil), hujan panas, seruyan, Breynia rhamnoides.

Semoq Beri (semoq bri) penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu.

semir

[Indonesia-Belanda]

1. = ~ sepatu sejenis bahan (lemak, minyak) untuk mengilatkan kulit atau kasut kulit;

2. = minyak ~ sejenis minyak untuk melincirkan (melicinkan) mesin dan lain-lain, minyak pelincir;

3. [Indonesia], [bahasa percakapan] wang suap;

menyemir
1. mengilatkan dengan semir;

2. membubuh minyak supaya lincir atau licin (mesin);

3. [bahasa percakapan] memberi suap, menyogok.

semi-profesional

berkenaan orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan untuk mendapatkan bayaran tetapi bukan sebagai pekerja tetap.

semiparasit

(Biologi) parasit, khususnya beberapa jenis kulat, yang boleh juga menjalani hidup sebagai saprofit.

semiotik

(Linguistik) kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan.