[bahasa percakapan] sembilang.
Author Archives: admin
semikonduktor
(Fizik) bahan (mis silikon dan germanium) yang kadar aliran elektriknya bertambah dengan bertambahnya suhu (nilai kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat).
semifinal
[Indonesia] (pertandingan) separuh akhir.
semidra
kayu ~ sejenis tumbuhan (pokok), Acronychia laurifolia.
semiang
= ~ kalam sedikit benar;
~ pun tak ada sedikit pun tidak ada.
semiak
[Perak];
tak ~ tidak sedap badan.
semi-
awalan asing separuh atau setengah, misalnya semiparasit.
semi
tunas, taruk;
musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk);
bersemi bertunas:
tanah penimba belum seperti semula, kayu kemboja belum panjang ~.
semetik
sejenis taut (yang berbingkas apabila mengena).
semester
satu daripada dua sesi pengajian dalam sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dan sebagainya):
~ pertama;
~ kedua.