semenjuh

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar (canar) babi, gadung jantan, kijil, Smilax helferi.

semenjak

mulai dari, sejak:
ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak;

sejak

semengkih

sejenis tumbuhan (pokok), balik angin bukit, ceret budak, cenderai (gajah), kemesak, melokan, mengkucing, semangkuk, Croton argyratum.

semenda

pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan;
keluarga ~ keluarga kerana perkahwinan;
orang ~ orang yang berkahwin dengan anggota daripada suku yang lain;

bersemenda berkahwin:
setelah sampai idahnya, diminta orang engkau akan ~ ke sana;
si suami tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri perkara-perkara besar yang timbul dalam suku tempat ia ~;

semenda-menyemenda saling mengahwini (antara dua keluarga);

persemendaan hal yang berkaitan dengan bersemenda: hubungan ~.

semenanjung

tanah yang menganjur panjang ke laut, jazirah:
S~ Tanah Melayu;
~ Arab;

kesemenanjungan keadaan yang menunjukkan ciri-ciri semenanjung:
ciri-ciri ~.