semen

(Biologi) cecair beralkali yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh lelaki atau haiwan jantan, mani.

sememeh

bersememeh berselekeh mulut (kerana terpalit kuih dan lain-lain), cemuas, comot:
solekan ~ apabila kita berpeluh.

Semelai

penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar).

sembur

1. sesuatu (kunyahan sirih dan lain-lain) yang dipancuntukan dari mulut (untuk mengubat penyakit dan lain-lain);
~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dengan jampi dan sembur;

2. [kiasan] kata-kata yang kasar (dikeluarkan kerana marah dan lain-lain), makian, hamun:
kelasi yang kena ~ ini kembali membersihkan geladak seperti biasa;
seperti polong kena ~
(peribahasa) berlari lekas-lekas kerana ketakutan;

bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), berpancaran:
dari belakang lehernya darah ~ keluar;

bersembur-semburan saling memancarkan (air dan lain-lain):
mandi ~ di sungai;

menyembur
1. keluar dengan memancut, memancar:
sungai yang arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman;

2. = menyemburi mengubati (penyakit) dengan jampi dan sembur:
ibu hanya disembur dengan air sirih dan jampi mantera;

3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dan lain-lain) pada:
~ dinding dengan cat berwarna biru;

4. [kiasan] mengeluarkan kata-kata dengan kasar, menghamun, memaki:
daripada mulutnya ~ entah beberapa ratus perkataan yang tidak dapat difahami;

sembur-menyembur saling menyembur, bersembur-semburan;

menyemburkan
1. memancarkan atau memancuntukan sesuatu (kunyahan sirih, air, dan lain-lain) daripada mulut:
sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya;

2. memancarkan sesuatu kepada (dengan penyembur):
Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya;

tersembur
1. terpercik (terpancar) keluar:
seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yang masih belum terkunyah;

2. kena sembur, disembur;

3. terkeluar atau terbit dengan tiba-tiba (kata-kata dan lain-lain):
belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar;
~ gelak
[Minangkabau] tiba-tiba ketawa;

semburan
1. sesuatu yang terpancar (terpancut) keluar, pancaran:
~ halus minyak bahan api itu terbakar dengan serta-merta;

2. [kiasan] makian, marah:
dengan ~ kata-kata itu, bapa berubah dari gelegar buluh ke kepala bendul;

bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), bersembur-sembur:
darah ~ keluar dari rusuknya;

penyemburan perbuatan menyembur(kan);

penyembur
1. sesuatu (ubat-ubatan dan lain-lain) yang disemburkan;

2. alat untuk menyemburkan sesuatu:
~ cat.