1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dan lain-lain), kecil, ketat (pakaian):
di kiri kanan lorong yang ~ itu terdiri beberapa buah rumah;
memakai seluar yang ~;
2. [kiasan] cetek atau picik (pandangan, fikiran, dan lain-lain), dangkal:
fikirannya ~;
3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus:
perkataan agen dalam konteks racun kulat mempunyai erti yang ~;
4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dan lain-lain), susah (penghidupan dan sebagainya):
semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya;
sejak kampung itu dihitamkan, kehidupan penduduknya semakin ~;
~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran;
~ alam [Minangkabau] pemarah;
~ dada lekas marah;
~ hati lekas marah, tidak sabar;
~ kening mudah tersinggung;
bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak:
hidup ~ dalam sebuah rumah kecil;
menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit:
tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja;
menyempitkan
1. menjadikan sempit, mengurangkan keluasan (sesuatu), mengecilkan:
pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisahkan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang;
2. [kiasan] menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dan sebagainya), menyusahkan, menyesakkan, membataskan:
perkara ini tidak ~ perjalanan nafas;
biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya;
secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat daripada pergerakan belia;
mempersempit menjadikan lebih sempit;
kesempitan
1. perihal sempit (susah, sesak, dan lain-lain):
kita dalam ~, kekurangan dan ketiadaan;
kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan;
2. dalam keadaan terdesak, tersesak:
dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~;
penyempitan perbuatan menyempitkan.