semulut

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga butang, akar kelupas, akar terung-terung, akar ulan gajah, Lettsomia maingayi.

semua

1. sekalian, segala:
kalau ada wang, ~ boleh dibuat;

2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya:
~ memuji dia;

3. = kesemua segenap, setiap, seluruh:
bunga itu merah ~;

semu

1. bukan yang sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura:
keadilan yang hanya ~ sahaja;

2. = semu-semu lebih kurang, agak;
~ lengkung agak lengkung;

3. = ~ daya tipu daya, muslihat:
baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah;
~ Jawa, pujuk Melayu;

menyemu, menyemui mengakali, menipu;

menyemukan memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat);

tersemu terpedaya:
terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita;

penyemu orang yang menyemu, penipu.

semput

susah bernafas, sesak nafas, lelah (teruk);

kesemputan [kiasan] ketenatan:
bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih.

sempurna

1. tidak ada cacat celanya (kekurangannya):
iman yang ~ dan pekerti yang baik itulah yang kekal;
hidup yang ~;

2. lengkap, tidak ada kekurangan:
tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan;
anggota badannya tidak ~;

3. baik lagi teratur (latihan dan lain-lain):
upacara itu dilangsungkan dengan cukup ~;

4. sudah selesai (tamat) dengan selamat atau sebaik-baiknya:
~lah sudah tugasnya sebagai seorang anak yang telah berjasa kepada ibunya;

5. baik sekali, sesuai:
saat yang ~;

menyempurnakan
1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dan lain-lain):
mereka sedang berusaha untuk ~ enjin hasil ciptaan mereka;

2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, menguruskan hingga selesai segala-galanya dengan sempurna:
ia mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang telah datang ~ perkahwinan anaknya;

3. menunaikan (perjanjian dan lain-lain), memenuhi (tugas, permintaan, dan lain-lain):
hendaklah kamu ~ segala kewajiban yang telah disuruh oleh guru;
kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu;

4. (Matematik) menyelesaikan (sesuatu masalah dan lain-lain), mencari jawaban kepada:
sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 – 10 y;

kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur):
mencari ~ jiwa dengan membuat kebajikan;

penyempurnaan perbuatan (usaha dan sebagainya) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dan lain-lain) sesuatu:
ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yang berlaku sejak tahun 1901;
seniman mencipta suatu situasi yang berhubungan dengan masa depan yang segala-galanya memperlihatkan ~ kepada keinginannya;

penyempurna orang dan lain-lain yang menyempurnakan (sesuatu):
justeru itu manusia masih lagi berfungsi sebagai ~ kepada sesuatu kehendak dan keperluan orang lain.

sempuras

1. = bersempuras penuh dengan kotoran (pada muka), berselekeh;

2. [Minangkabau] hampas (kelapa, tebu, dan lain-lain).