[sastera lama] (bala) tentera.
Author Archives: admin
sena I
sejenis tumbuhan (pokok), angsana, Pterocarpus indicus;
~ bima (hutan) sejenis tumbuhan (pokok), Colubrina anomala.
sen
mata wang yang bernilai 1/100 ringgit, duit.
semutega
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kait-kait, belingun akar, beroyol, sebuih, sebusuk, Coptosapelta tomentosa.
semutar
sejenis kain pelilit kepala (biasanya dipakai oleh orang lelaki);
bersemutar memakai semutar, berlilit kepala.
semut
sejenis serangga yang merayap;
jenis-jenisnya:
~ api sejenis semut, Tetraponera rufonigra;
~ gajah sejenis semut, Camponotus gigas;
~ gula sejenis semut, Monomorium pharaonis;
~ kayu sejenis semut yangbesar dan hitam (yang mengorek kayu), Camponotus herculaneus;
~ kerengga sejenis semut, Oecophylla smaragdina dan lain-lain;
~ dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga (peribahasa) perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat);
~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi (peribahasa) perbuatan yang bukan-bukan;
di mana ~ mati kalau tidak dalam gula = mati ~ kerana gula (peribahasa) manusia itu akan tertipu dengan pujuk rayu;
umpama ~ mempersembahkan paha belalang kepada raja (peribahasa) pemberian yang amat sedikit;
semut-semut berasa kebas kerana lama tertekan dan lain-lain (berkenaan (dengan) kaki dan tangan), berasa senyar;
menyemut berkerumun dengan ramainya, mengelilingi sesuatu dengan ramainya:
ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana;
semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan semut-semut:
sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya.
semur
[Indonesia-Belanda] sejenis masakan daging.
semunian
daun ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), segeger, Lycopodium cernum.
semunding
sejenis kera.
semuncup
kemuncup.