tali biola.
Author Archives: admin
senapati
[sastera lama] imam perang, ketua tentera, panglima perang.
senapang
sejenis senjata yang berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam), bedil;
~ angin senapang yang melepaskan penabur dengan tekanan udara;
~ bambu (buluh)
a) sejenis senapang (bedil) yang dibuat daripada buluh untuk mainan kanak-kanak;
b) (peribahasa) rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak;
~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yang patrumnya diisikan dari pangkal laras;
~ kembar = ~ pengantin senapang yang berlaras dua;
~ [kependekan] = ~ lantak = ~ lantakan senapang yang pelurunya diisikan dari mulut:
~ mesin senapang yang boleh melepaskan banyak peluru dengan sekali tarik picunya;
kalau tiada ~, baik berjalan lapang (peribahasa) jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah;
mercun buluh ~ bambu kepada saya jangan dituju (peribahasa) tidak berguna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tiada memberi erti;
bersenapang memakai senapang, bersenjatakan senapang.
senantiasa
sepanjang masa, selalu(nya);
sentiasa.
senantan
[arkaik] putih seperti santan, kinantan.
senangin
sejenis ikan laut, Polynemus tetradactylus;
~ buis sejenis ikan laut, Polynemus sextarius.
senangguri
seleguri.
senang
1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah), tidak ada yang menyusahkan:
kerja mereka ~ dan mudah;
makanan yang murah dan ~ mendapatnya untuk memberikan tenaga ialah karbohidrat;
2. suka, mesra:
kalau begitu, saya tidak ~ kepada engkau lagi;
3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dan lain-lain), rehat:
sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~;
belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dengan ~nya melainkan sentiasa dalam pekerjaannya;
4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat:
susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria;
5. [kiasan] bersahaja (percakapan dan lain-lain), tenang:
Lili meneruskan kata-katanya dengan tenang dan ~;
~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu;
~ hati berasa puas (gembira);
~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang;
~ sentosa sentiasa dalam aman bahagia;
bersenang;
~ diri =
bersenang-senang berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka:
kasihan, sepatutnya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan;
kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa;
bersenangkan, bersenang-senangkan;
~ diri bersenang-senang;
~ lelah [sastera lama] melepaskan lelah, berehat;
menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai:
dalam memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan;
saya lebih ~ teater;
tidak ada suatu pun yang kusenangi;
menyenangkan
1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan):
untuk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan;
2. menggembirakan, menyukakan hati:
muka yang satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula;
bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesungguhnya ~;
3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dan lain-lain), memuaskan:
hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yang tidak ~;
4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan:
ia tidak dapat hendak memberikan ubat yang boleh ~ penyakit itu;
5. menjadikan senang (bahagia, mewah):
aku nak menolong awak, nak ~ awak juga;
kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan:
segala perintah dan hukumnya itu menuju kepada suatu perkara yang besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat;
~ dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.
senandung
lagu atau nyanyian (yang dinyanyikan perlahan-lahan) untuk menghiburkan hati sendiri;
~ buaian lagu yang dinyanyikan perlahan-lahan untuk menidurkan anak;
bersenandung bernyanyi dengan suara yang perlahan untuk menghibur hati sendiri:
dalam sebuah pedati kerbau kedengaran suara seorang laki-laki ~ seperti sedang menyedar untung.
senandika
(Kesusasteraan) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dalam drama atau bentuk karya sastera lain, yang ditujukan kepada dirinya sendiri atau pendengar (penonton) untuk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dan sebagainya yang dihadapinya atau untuk memberikan sesuatu maklumat kepada pendengar (penonton) itu;
bersenandika mengungkapkan senandika.