sendal II

menyendal sl, menyendalkan mencuri dengan pantas, menyentak dengan cepat (dengan tidak disedari), merenggut:
apa daya kula ~ dia kerana Melayu berkeris di hadapan, jika ia berkeris dari belakang dapat juga kula sendal;

kesendalan terkena curi (copet), kecurian:
~ aku oleh Jawa ini.

sendal I

= penyendal
1. lapik (alas dan lain-lain) yang disisipkan ke bawah sesuatu benda supaya tidak goyah atau goyang;

2. sesuatu (baji dan lain-lain) yang disisipkan untuk mengetatkan benda-benda yang longgar;

menyendal mengenakan (membubuh, memasang) sendal.

sendak II

menyendak mengunci dengan palang (pintu dan lain-lain):
pintu pondoknya dikunci dari dalam, disendaknya dengan kayu palang;

penyendak kayu palang untuk menutup pintu, selak.

sendaan

sesuatu (bahan dan sebagainya) yang dipersendakan:
ibu tidak mahu kau jadi ~ orang;

persendaan hal yang berkaitan dengan perbuatan bersenda:
bahan ~.

senda II

[sastera lama] saya ([kependekan] sahayanda), hamba:
~lah bercakap mengamuk di dalam kampung Bendahara Paduka Raja;

sanda I

senda I

= ~ gurau

= gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh:
sajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dalam ~ mahupun dalam percakapan;

bersenda = ~ gurau = bersenda-senda
1. berkelakar, berseloroh, berje

senawi

penumpang perahu yang membayar tambang dengan bekerja (menolong mengayuh dan lain-lain).