senat II

1. dewan perwakilan rakyat yang tertinggi (ahli-ahlinya dilantik), dewan negara;

2. majlis atau badan pentadbir yang utama dan tertinggi di sesetengah universiti:
S~ Universiti Malaya;

3. [Indonesia] majlis mahasiswa.

senarung

~ betina sejenis tumbuhan (herba), jelita, kancing baju, pokok betung, Corchorus capsularis;
~ kambing
sejenis tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, sianggit, tahi anjing, tambuk-tambak jantan, Ageratum conyzoides.

senario

1. ringkasan plot sesuatu drama dan lain-lain termasuk maklumat tentang watak, adegan, dan lain-lain;

2. urutan peristiwa serta perkembangannya yang diramalkan berlaku:
jikalau ini ~nya, maka kesimpulannya boleh dibuat bahawa kehadiran Soviet di Afghanistan akan berlarutan, malah mungkin berkekalan;
Sukan Olimpik mungkin akan mendatangkan ~ baru di Semenanjung Korea.

senarai hitam

senarai nama orang dan lain-lain yang mempunyai rekod buruk (seperti telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dan lain-lain);

menyenaraihitamkan merakamkan (memasukkan) dalam senarai hitam:
JPJ akan ~ pemandu teksi yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yang menipu penumpang.

senarai

catatan (rakaman) nama, perkara, dan lain-lain yang disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dari atas ke bawah, daftar:
~ harga barang;

menyenaraikan
1. menuliskan dalam bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai:
bukti-buktinya terlalu banyak untuk disenaraikan;

2. (Ekonomi) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dalam senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut:
saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur;

tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dalam sesuatu senarai atau dalam senarai tertentu;

penyenaraian
1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dan sebagainya) memasukkan ke dalam senarai:
~ manuskrip dalam bahasa Melayu;
~ kata kerja;

2. (Ekonomi) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dalam senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut.