sendiri

1. tubuh diri yang sebenarnya (bukan wakil dan lain-lain), diri:
tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih penting;

2. tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain, tidak berhubungan dengan orang lain:
apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semuanya;
berkerajaan ~
merdeka;

3. seorang diri, tidak berkawan:
pada hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku;

4. = sendiri-sendiri masing-masing:
kedua-duanya sedang tenggelam dalam bacaan ~-~;

5. tidak berkaitan dengan orang lain, bukan (kepunyaan, hak, dan lain-lain) orang lain;
tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain;

6. tidak termasuk yang lain, dalam kumpulan tertentu sahaja;
berbunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dengan orang lain);

7. terpisah (tersisih) daripada yang lain, tidak bersama yang lain, berasingan;

8. [Indonesia], [bahasa percakapan] yang paling (belakang, depan, dan lain-lain);

sendirinya = dengan ~
1. tidak bercampur (berteman dan lain-lain) dengan yang lain, seorang diri;

2. secara automatik;

bersendiri tidak berteman (berkawan dan lain-lain), tidak berkaitan dengan yangn lain, tersisih (terpisah) daripada yang lain:
ejaan bukanlah suatu pelajaran yang ~ atau tidak berkait dengan pelajaran-pelajaran yang lain;
terdapat kecenderungan untuk ~;

menyendiri duduk seorang diri, mengasingkan (memencilkan, menyisihkan) diri:
ia hendak ~ lalu lari dengan diam-diam;

menyendirikan mengasingkan daripada yang lain:
kemeja yang tanggal butang lebih baik disendirikan dahulu;

tersendiri
1. tidak sama dengan yangn lain, terasing:
esei memerlukan satu gaya bahasa yang ~ iaitu gaya yang mudah dan sederhana;

2. tersisih (terpisah dan lain-lain) daripada yang lain:
pekerjaannya dapat dijalankan dalam suasana aman, senyap dan ~, sama seperti bekerja di rumah;

ketersendirian keadaan tersendiri, keunggulan :
banyak teori sastera cenderung untuk mewujudkan ~ sastera sebagai satu kategori yang berasingan;

sendirian
1. seorang diri, tidak berteman:
pada suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau;
ia tersenyum ~;

2. tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain:
pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi;

bersendirian
1. berlainan daripada yang umumnya, tersendiri:
keistimewaannya di dalam bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~;

2. tidak bersekutu (berkaitan dan lain-lain) dengan yang lain, tidak bersama (dengan pelibatan dan sebagainya) orang atau pihak lain, berasingan:
kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya;

3. tidak menerima bantuan (pertolongan dan lain-lain) daripada mana-mana pihak pun:
penuntut-penuntut boleh dibahagikan kepada penuntut ~ dan penuntut berbiasiswa;

4. tidak berkahwin, membujang:
biarlah saya ~;

kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi:
isu tentang ~ dalam internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber;

kesendirian
1. perihal sendiri (terpencil, tersisih daripada yang lain);

2. perihal lain daripada yang lain, keistimewaan;

persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan:
sumbangan terbesar kepada perkhidmatan sosial datang daripada sumber-sumber ~ dan bukan daripada kerajaan;

penyendirian perbuatan mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyendirikan sesuatu;

penyendiri (orang) yang suka menyendiri, (orang) yang suka mengasingkan diri:
seniman bagi Freud adalah seorang ~ yang amat suka mencipta fantasi.

sendi II

1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dan lain-lain, batu pengganjal;

2. [kiasan] dasar, asas, lunas, pegangan;

bersendi memakai batu sendi (alas, pengganjal);

bersendikan
1. memakai (menggunakan) sesuatu sebagai batu sendi;

2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pada (sebagai pedoman):
tuntutan adat yang ~ hukum;
kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yang tertentu;

menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dan lain-lain);

menyendikan, mempersendikan mendasarkan sesuatu pada, mengasaskan;

persendian asas, dasar.

sendi I

1. = ~ tulang = tulang ~ =

persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang:
takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya;

2. = persendian tempat bersambungnya dua benda (seperti pintu dan lain-lain), sambungan yang boleh dilipat-lipatkan, engsel;

3. simpai (bingkai, ikatan, dan lain-lain) pada sesuatu, salut;
~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dengan tulang belikat;
~ engsel sendi yang bertindak seperti engsel, yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah, misalnya sendi siku;
~ kata kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung;
~ lesung sendi yang terbentuk di antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung, yang membolehkan anggota digerakkan dengan bebas, misalnya sendi bahu dan sendi pinggul;
~ lutut sendi yang menghubungkan tulang betis dengan tulang paha;

bersendi, bersendi-sendi
1. ada sendinya, berhubungan antara satu dengan yang lain dengan sendi:
periksa kepala lipas dengan kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yang panjang dan ~;

2. bersalut dengan, bersimpai dengan, berbingkai dengan:
… suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dengan permata;
bagai tanduk ~ gading
(peribahasa) hal keadaan yang tidak sepadan;

menyendi
1. memberikan bersendi;

2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yang disembelih;

3. menyalut:
pakaiannya daripada baldu dan daripada timah, disendi dengan perak, rupanya seperti sisik naga.

senderung

1. sejenis ikan laut, Plectropoma maculatum;

2. sejenis ikan laut, Epinephelus fasciatus.

sendeng II

[Indonesia-Belanda]

1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan);

2. mubaligh agama Kristian (Protestan);
rumah sakit (sekolah dan lain-lain) ~ rumah sakit (sekolah dan lain-lain) yang diselenggarakan oleh mubaligh agama Kristian.

sendeng I

1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah;

2. (Matematik) sempadan (pada sesebuah segi tiga tepat) yang letaknya bertentangan dengan sudut tepat;

3. [bahasa percakapan] agak kurang siuman, kurang ingatannya;
~-mendeng terhuyung-huyung (seperti hendak jatuh);

bersendeng bersandar:
dia tidak duduk terus melainkan ~ pada tempat pegangannya sahaja;

bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya:
kalau angin kencang, layar perahu ~;

menyendeng senget atau condong letaknya, miring:
seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh;

menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu);

tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh).