sendeng I

1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah;

2. (Matematik) sempadan (pada sesebuah segi tiga tepat) yang letaknya bertentangan dengan sudut tepat;

3. [bahasa percakapan] agak kurang siuman, kurang ingatannya;
~-mendeng terhuyung-huyung (seperti hendak jatuh);

bersendeng bersandar:
dia tidak duduk terus melainkan ~ pada tempat pegangannya sahaja;

bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya:
kalau angin kencang, layar perahu ~;

menyendeng senget atau condong letaknya, miring:
seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh;

menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu);

tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh).

berkongsi