senduk-senduk

sejenis tumbuhan (pokok), bebulan, bulan-bulan, membulan, sesenduk, Endospermum malaccense;
daun ~
sejenis tumbuhan (herba), Plantago major.

senduk II

ular (tedung) ~ sejenis ular (yang berwarna hitam dan bertampuk kuning pada lehernya), Naja trupudians.

senduk I

1. segala jenis alat yang digunakan untuk mencedok nasi (menimbuk gulai dan lain-lain), centong, sudip:
~ nasi (gulai dan lain-lain);

2. sudu, camca:
~ makan (teh, sup, dan lain-lain);
~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga)
(peribahasa) suami isteri (kaum keluarga dan lain-lain) ada kalanya berselisih juga;
~ berdegar-degar nasi habis budi dapat (peribahasa) kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu;
~ besar tak mengenyang (peribahasa) janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati;
berani ~ pengedang, air hangat direnanginya (peribahasa) berani yang membuta tuli;
kulai-balai bagai ~ didukung (peribahasa) orang yang lemah lembut gerak-gerinya;

menyenduk mencedok dengan senduk:
ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri;

menyendukkan mencedok (mengaut dan lain-lain) sesuatu untuk membubuhkan;

tersenduk sudah disenduk, tercedok;
nasi ~ tidak termakan (peribahasa) tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki.

senduduk

1. sejenis tumbuhan (pokok renek), Melastoma malabathricum (imbricatum, molle, muticum, sanguineum);

2. sejenis tumbuhan (pokok renek yang berasal dari Brazil), Tibouchina semidecandra;
akar ~
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kemunting akar, Marumia nemorosa.

sendu

[sastera lama]

1. sedih dan pilu:
dengan hati yang ~, kutulis surat kepadanya;

2. sedu:
Lajos mengeluh dalam ~ yang menyayat;

bersendu bersedih hati:
~ diri;

kesenduan perihal sedih dan pilu:
kpada siapakah lagi hendak dicurahkan kerinduan dan ~ hatinya?

sendorong

[Minangkabau];

bersendorongan menggelincir (ke hadapan);

tersendorong tergelincir ke hadapan, terdorong ke hadapan.

sendong

1. sejenis kandang atau pasung tempat memerah (susu) kerbau;

2. = ~ gajah sejenis kandang gajah.