1. segala jenis alat yang digunakan untuk mencedok nasi (menimbuk gulai dan lain-lain), centong, sudip:
~ nasi (gulai dan lain-lain);
2. sudu, camca:
~ makan (teh, sup, dan lain-lain);
~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) (peribahasa) suami isteri (kaum keluarga dan lain-lain) ada kalanya berselisih juga;
~ berdegar-degar nasi habis budi dapat (peribahasa) kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu;
~ besar tak mengenyang (peribahasa) janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati;
berani ~ pengedang, air hangat direnanginya (peribahasa) berani yang membuta tuli;
kulai-balai bagai ~ didukung (peribahasa) orang yang lemah lembut gerak-gerinya;
menyenduk mencedok dengan senduk:
ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri;
menyendukkan mencedok (mengaut dan lain-lain) sesuatu untuk membubuhkan;
tersenduk sudah disenduk, tercedok;
nasi ~ tidak termakan (peribahasa) tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki.