senang

1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah), tidak ada yang menyusahkan:
kerja mereka ~ dan mudah;
makanan yang murah dan ~ mendapatnya untuk memberikan tenaga ialah karbohidrat;

2. suka, mesra:
kalau begitu, saya tidak ~ kepada engkau lagi;

3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dan lain-lain), rehat:
sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~;
belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dengan ~nya melainkan sentiasa dalam pekerjaannya;

4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat:
susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria;

5. [kiasan] bersahaja (percakapan dan lain-lain), tenang:
Lili meneruskan kata-katanya dengan tenang dan ~;
~ cakap
mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu;
~ hati berasa puas (gembira);
~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang;
~ sentosa sentiasa dalam aman bahagia;

bersenang;
~ diri =

bersenang-senang berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka:
kasihan, sepatutnya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan;
kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa;

bersenangkan, bersenang-senangkan;
~ diri bersenang-senang;
~ lelah [sastera lama] melepaskan lelah, berehat;

menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai:
dalam memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan;
saya lebih ~ teater;
tidak ada suatu pun yang kusenangi;

menyenangkan
1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan):
untuk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan;

2. menggembirakan, menyukakan hati:
muka yang satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula;
bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesungguhnya ~;

3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dan lain-lain), memuaskan:
hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yang tidak ~;

4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan:
ia tidak dapat hendak memberikan ubat yang boleh ~ penyakit itu;

5. menjadikan senang (bahagia, mewah):
aku nak menolong awak, nak ~ awak juga;

kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan:
segala perintah dan hukumnya itu menuju kepada suatu perkara yang besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat;
~ dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri.

berkongsi