semut

sejenis serangga yang merayap;
jenis-jenisnya:
~ api sejenis semut, Tetraponera rufonigra;
~ gajah
sejenis semut, Camponotus gigas;
~ gula
sejenis semut, Monomorium pharaonis;
~ kayu
sejenis semut yangbesar dan hitam (yang mengorek kayu), Camponotus herculaneus;

~ kerengga sejenis semut, Oecophylla smaragdina dan lain-lain;
~ dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga (peribahasa) perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat);
~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi (peribahasa) perbuatan yang bukan-bukan;
di mana ~ mati kalau tidak dalam gula = mati ~ kerana gula (peribahasa) manusia itu akan tertipu dengan pujuk rayu;
umpama ~ mempersembahkan paha belalang kepada raja (peribahasa) pemberian yang amat sedikit;

semut-semut berasa kebas kerana lama tertekan dan lain-lain (berkenaan (dengan) kaki dan tangan), berasa senyar;

menyemut berkerumun dengan ramainya, mengelilingi sesuatu dengan ramainya:
ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana;

semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan semut-semut:
sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya.

berkongsi