sempang II.
Author Archives: admin
sempul
[arkaik];
tersempul tersembul.
sempuh
~ baruh sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar darah, akar kenanga, akar pisang-pisang, akar sesugi, merpisang, tepang, Desmos chinensis;
~ padi sejenis tumbuhan (pokok kecil), jarum-jarum rimba, kemenang, randa hutan, ulai-ulai, Randia scortechinii.
sempudal
bersempudal diselaputi kotoran yang kering (pada mulut).
semprot
[Indonesia]
1. = semprotan sejenis pam untuk menyemburkan sesuatu (seperti air, cat, dan lain-lain);
2. alat untuk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dalam tubuh;
menyemprot
1. menyembur:
segenap ruang dan bilik mesti disemprot dengan gas beracun;
2. memasukkan (ubat dan lain-lain) ke dalam tubuh dengan semprot;
3. [bahasa percakapan] mengeluarkan kata-kata yang keras, memarahi, memaki:
ia tidak berani keluar malam lagi kerana takut disemprot isterinya;
menyemprotkan menyemburkan (cat, air, dan lain-lain);
semprotan
1. = semprot alat untuk menyemburkan sesuatu (air, cat dan lain-lain);
2. [bahasa percakapan] celaan, makian, cacian.
semprit
1. sejenis wisel, peluit;
2. [Indonesia] alat untuk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dalam tubuh.
sempoyongan
[Jakarta] terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh).
semporong
corong;
semperung.
sempoh
[Perak] menanduk (kerbau).
sempoa
sejenis alat untuk menghitung (buatan Cina), dekak-dekak.