sempat

masih ada peluang (waktu, masa) untuk…, dan ([bahasa percakapan]):
saya cuba lari tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang;

menyempat menantikan peluang (waktu yang baik);
tak ~ tidak mahu menunggu-nunggu (bertangguh) lagi;

menyempati mendapat peluang (waktu) untuk;

menyempatkan mengadakan peluang untuk, meluangkan waktu untuk;

kesempatan peluang untuk, waktu yang terluang untuk:
Rejab mengambil ~ itu untuk melarikan diri;
hal ini tidak memberikan ~ kepadanya untuk membalas;
pada ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera;

berkesempatan ada kesempatan (peluang) untuk:
kadangkala apabila ~, dia pulang menjenguk ibunya di kampung.

berkongsi