[Arab] perempuan yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat.
Author Archives: admin
fajir
[Arab] lelaki yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat (seperti penzina dan tukang sihir).
fajar
1. dinihari, subuh;
~ sidik dinihari benar, menjelang pagi;
2. cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit;
~ menyingsing (merekah) mulai pagi hari.
fail
1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dan sebagainya disimpan secara tersusun:
surat-surat itu disimpannya hati-hati dalam ~;
2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dan sebagainya;
3. (Komputer) sekumpulan data atau maklumat yang berkaitan dan sebagainya yang mempunyai nama tertentu dan dianggap sebagai suatu unit storan;
berfail-fail beberapa banyak fail:
dia perlu menyemak ~ surat yang ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti;
memfailkan
1. memasukkan ke dalam fail, menyimpan dalam fail:
tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan;
2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dan sebagainya) secara rasmi supaya dapat didaftarkan:
kami akan ~ notis untuk mendapatkan satu tarikh perbicaraan;
dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;
pemfailan proses (perbuatan dan sebagainya) memfailkan:
sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dalam komputer;
~ surat penting harus dibuat secara sistematik.
Fahrenheit
skala suhu yang menunjukkan takat sejuk beku air pada 32?F dan takat didih 212?F.
faharasat
(Parsi) (nombor) senarai (daftar), katalog.
faham
1. = fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian:
~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek;
2. fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang, pendapat:
~ mereka saling bercanggah;
3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu:
aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan;
4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu:
~ komunisme;
~ kapitalis faham yang menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme;
~ kapitalis laissez-faire faham yang menganjurkan kegiatan ekonomi yang bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan);
~ sosialis faham yang menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan);
~ sosialis Marx faham sosialis yang disebarkan oleh Karl Marx;
~ taakul faham yang menganggap pemikiran yang dapat diterima, yang merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dan lain-lain);
~nya bagai getah cair (peribahasa) [Minangkabau] tidak tetap pendirian;
angan lalu ~ tertumbuk (peribahasa) [Minangkabau] kemahuan ada tetapi tidak berdaya;
sefaham, sefahaman
1. sependapat, sekeyakinan:
mereka sehaluan dan sefahaman;
2. setuju (dengan);
bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju:
setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain;
kesefahaman keadaan sefaham:
pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;
persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan:
dengan perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;
berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dan lain-lain):
rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan daripada ~ kenegaraan;
2. bijaksana, berbudi, berakal:
ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;
memahami
1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu:
dia dapat ~ setiap pelajaran yang diajarkan oleh gurunya dengan baik;
2. menyelami perasaan seseorang:
ibunya amat ~nya;
3. memandang, menganggap:
dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sebagai suatu kebengisan;
memahamkan
1. memberitahu (supaya difahami):
Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah;
2. mengecamkan (supaya difahami):
lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;
kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya):
oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yang sebenarnya ialah ~ pelajar;
ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami:
itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;
pemahaman perihal memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan:
kesan yang paling ketara yang saya peroleh daripada kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sebagai tatacara hidup yang lengkap.
fagosit
(Biologi) sejenis sel, seperti sel darah putih, yang dapat memusnahkan mikroorganisma atau benda asing seperti bakteria untuk melindungi tubuh daripada terkena jangkitan.
faedah
1. guna, manfaat:
apa ~nya mencintai orang yang tidak mencintai kita;
2. bayaran yang dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga:
kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun;
~ terakru faedah terkumpul yang belum dijelaskan;
berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan:
nampaknya tidaklah ~ negara yang berjiran menentang satu sama lain.
fadilat
[Arab] kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dalam beribadah):
~ sembahyang sunat subuh.