fadil

[Arab] mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu):
ulama yang ~.

fadihat

[Arab] aib, cela, nista;

memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan:
jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

fabel

1. cerita pendek yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran moral, biasanya berwatakkan binatang;

2. cerita atau legenda tentang watak atau peristiwa sakti atau mitos.

faal II

[Arab]

1. perbuatan, kerja;
~ iman (taubat) doa menyatakan iman (taubat);

2. [Indonesia] kerja atau fungsi alat tubuh (seperti jantung dan lain-lain).

faal

[Arab] alamat (sesuatu yang akan terjadi), tanda-tanda;
membuka ~ melihat tenung (untuk meramalkan sesuatu);

memfaalkan meramalkan (dengan melihat tanda-tanda).

fa

1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);

2. huruf ke-22 abjad Jawi.