[Jawa] datuk, nenek.
Author Archives: admin
Exco
akronim bagi
1. Executive Councillor
a) Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia untuk menganggotai badan eksekutif kerajaan negeri;
b) ahli jawatankuasa sesebuah pertubuhan atau persatuan, biasanya yang besar;
2. Executive Council
a) badan eksekutif yang membuat dasar bagi kerajaan negeri;
b) jawatankuasa pertubuhan atau persatuan.
ex parte
(Latin) (Undang-undang) bagi pihak atau kepentingan sebelah (satu) pihak sahaja:
sebelum ini beliau telah mendapat perintah sementara hak penjagaan anak dalam permohonan secara ~ pada bulan lepas.
ex officio
(Latin) (Undang-undang) atas dasar, memandangkan atau disebabkan jawatan.
ex gratia
(Latin) (Undang-undang) diberikan atau dibuat sebagai suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang:
bayaran ~.
ewah
[kata seru] kata untuk memuji, menyindir, menghina dan sebagainya seseorang.
ewa
[Jawa] segan, enggan, tidak suka.
evolusi
1. perubahan secara beransur-ansur pada haiwan atau tumbuhan, daripada satu generasi kepada generasi lain;
2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang lebih kompleks:
sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi;
berevolusi berkembang secara beransur-ansur:
bulu dikatakan berasal daripada struktur epidermis yang ~ daripada sisik reptilia.
evasif
sikap mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab, tindakan, dan sebagainya:
sikap ~ setengah-setengah ahli kumpulan boleh menjejaskan kemajuan kerja yang telah dirancangkan.
eutanasia
(Perubatan) perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab.