europium

(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut, mulur, mudah bertindak balas, berwarna putih perak, dan digunakan dalam televisyen warna dan laser.

eurodolar

mata wang Amerika Syarikat yang didepositkan di bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah, untuk tujuan perdagangan.

eulogi

ucapan (secara lisan atau tulisan) yang memuji atau menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yang luhur.

eugenik

kajian kaedah untuk menghasilkan ras manusia yang lebih baik melalui pembiakan berpilih.

euforia

1. (Perubatan) keriangan yang berlebihan yang boleh dicetuskan oleh dadah atau penyakit mania;

2. rasa gembira yang amat sangat:
kita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dalam ~ wawasan 2020.