ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, misalnya buang air kecil untuk kencing.
Author Archives: admin
etos
sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-lain:
pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita.
Eu simbol kimia bagi europium.
etologi
kajian saintifik tentang kelakuan binatang.
etok
[Kelantan], [Terrenganu] sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.: kalau kamu rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai.
etnosentrisme
(Antropologi) pandangan atau sikap yang percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik lain.
etnosentrik
cenderung menganggap masyarakat (budaya dan sebagainya) sendiri lebih unggul daripada masyarakat (budaya dan sebagainya) lain:
inilah pemikiran ~ yang menganggap tamadun dan budaya barat lebih tinggi dan maju.
etnomuzikologi
kajian tentang muzik pelbagai etnik dan budaya.
etnologi
cabang antropologi yang mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain.
etnolinguistik
cabang linguistik antropologi yang mengkaji sikap penutur terhadap bahasanya, khususnya bentuk yang digunakan untuk mewujudkan keakraban:
berdasarkan kajian ~, bahasa Bajau merangkumi dialek campuran.
etnografi
cabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian saintifik tentang masyarakat manusia.