fakula

(Ast) kawasan cerah pada permukaan matahari, yakni kawasan yang 10 peratus lebih cerah pada sekeliling permukaan matahari.

faktur

[Indonesia-Belanda] senarai nama barang yang dijual (dikirim) dengan butir tertentu (seperti harga, banyaknya, dan lain-lain).

faktual

berdasarkan kenyataan:
bersedia memberikan pendapat yang ~ dan ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan.

faktor

1. unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil:
kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yang menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yang kukuh;

2. (Matematik) nombor yang menjadi pembahagi kepada sesuatu nombor lain dengan tepat atau tanpa baki, misalnya 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;
~ pengeluaran (Ekonomi) faktor fizikal yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha;
~ pertengahan pengeluaran faktor yang menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh);
~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yang menghasilkan barang-barang;

pemfaktoran
1. (Ekonomi) kaedah mengambil alih risiko hutang yang belum dibayar dengan mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan);

2. (Matematik) perbuatan mencari faktor kepada sesuatu nombor.

faktografi

(Linguistik) proses merakamkan data tentang semua aktiviti peristilahan seperti orang perseorangan, organisasi, kegiatan, pusat pengajian tinggi, dan statistik untuk tujuan dokumentasi dan rujukan.

fakta

1. sesuatu yang benar-benar berlaku;

2. sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan;

3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu;
~ adjudikasi (Undang-undang) perkara fakta berkaitan dengan pihak-pihak dalam prosiding pentadbiran berbanding dengan fakta-fakta perundangan.

faks

dokumen dan sebagainya yang dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dan sebagainya;

memfakskan menghantar faks:
mesej penting ini akan difakskan kepada semua pemimpin parti.

fakir

[Arab]

1. (orang yang) berpendapatan kurang daripada pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian):
tiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kepada ~ dan miskin;

2. [sastera lama] saya (yang miskin ini):
apa kerja tuan datang ke rumah ~?

3. orang yang sengaja atau dengan kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya untuk mendapat kesempurnaan batin:
baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;
~ miskin
golongan yang sangat berkurangan (sangat miskin):
bantuan makanan juga akan diberikan kepada ~ miskin;

kefakiran perihal (keadaan) fakir.