faraid

[Arab];

hukum (ilmu) ~ hukum (ilmu) berkenaan dengan pembahagian pusaka (dalam agama Islam).

faqih

[Arab] orang yang ahli dalam ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yang diiktiraf dalam pengajian Islam:
seorang ulama adalah seorang ~.

FAO

[kependekan] Food and Agricultural Organisation (Pertubuhan Makanan dan Pertanian).

fantastik

1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata:
tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori;
drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi;

2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.

fantasi

1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan:
untuk dapat mencipta cerita yang baik, diperlukan ~;

2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan:
pada kesimpulannya, semua drama adalah ~;

3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya);
sapu tangan ~ sapu tangan untuk perhiasan;
saku ~ saku yang tidak digunakan (hanya untuk perhiasan sahaja);

berfantasi berkhayal, berangan-angan;

memfantasikan mengkhayalkan,mengangan-angankan.

fanatik

(orang yang) keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dengan keagamaan):
Hj. Samad sangat ~ dalam hal agama;

kefanatikan perihal fanatik:
seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia.