fasih

1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah;
~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata;

2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dalam sesuatu bahasa lain), petah:
~ berbahasa Perancis;

memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dalam sesuatu bahasa), memetahkan;

kefasihan perihal fasih, kepetahan:
~nya bertutur dalam bahasa Melayu membanggakan kami;
~ berkata-kata.

fasid

[Arab]

1. rosak, binasa;

2. batil (tidak sah):
walaupun kandungan itu hasil daripada nikah ~.

faset

1. permukaan yang diasah rata (pada permata atau kaca);

2. segi, sudut (daripada sesuatu perkara).

fasal

[Arab]

1. bahagian daripada bab seksyen tertentu dalam dokumen undang-undang:
bab yang pertama terdiri daripada lima belas ~;
pada ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua;

2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara:
yang dibincangkan itu ~ yang tidak penting;
apalah kakanda gaduhkan ~ itu;

3. berkenaan hal, mengenai, perihal:
~ itu, serahkan saja pada aku;

4. kerana, sebab:
terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;
~ timbang tara (Undang-undang) fasal yang dibuat dalam perjanjian untuk membolehkan pihak yang terlibat merujuk kepada penyelesaian timbang tara.

fasakh

[Arab]

1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (seperti perkahwinan adik-beradik seibu sebapa);

2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (seperti suami gila, lemah tenaga batin, dan sebagainya) atas aduan isteri;

memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi):
seseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.

fasa

peringkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dan lain-lain):
projek tersebut dilaksanakan dalam dua ~, dan ~ pertama dimulakan pada tahun 1984.

farsakh

[Arab], [sastera lama] ukuran panjang yang sama dengan 3 batu atau 4.8 kilometer.