fatalistik

cenderung, percaya atau berpegang kepada nasib:
sebagai khalifah Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya harus aktif, dinamik, kreatif dan produktif.

fatalisme

kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan oleh nasib dan di luar kawalan manusia:
kejujuran Moleire terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dengan membetulkan ~ dan anarkisme yang terdapat dalam masyarakat.

fatal

[Indonesia-Belanda] celaka, untung malang (kemalangan) yang tidak dapat dielakkan.

fasisme

sistem (pandangan) politik puak pelampau yang berhaluan kanan yang bersifat diktator (seperti yang kelihatan di Itali buat pertama kali antara 1922 hingga 1943).

fasis

penganut faham nasional yang didasarkan pada pemerintahan yang bertindak atas kekuasaan daripada hak-hak demokratik.

fasiq

[Arab]

1. tidak mempedulikan perintah Allah:
golongan yang ~;

2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai:
jangan gila hendak membuat kerja yang ~ itu;

3. orang yang berdosa besar (buruk kelakuan, jahat);

memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dan lain-lain) fasiq;

kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan:
hijrah daripada kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kepada ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan.

fasilitator

orang yang membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sebagai ~ supaya pelajar dapat dipimpin untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik.