batu berhablur yang berwarna putih atau merah.
Author Archives: admin
FELDA
akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).
FELCRA
akronim bagi Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan).
federasi
[Indonesia-Belanda]
1. gabungan badan-badan perhimpunan;
2. persekutuan (negeri-negeri).
federal
[Indonesia-Belanda] yang bersekutu (negeri-negeri dan lain-lain);
kaum ~ orang yang menganut (menghendaki) faham negara yang berbentuk persekutuan;
negara ~ negara yang dibentuk daripada negeri-negeri yang bersekutu.
Februari
bulan kedua dalam tahun Masihi yang biasanya mengandungi 28 hari (dalam tahun lompat ada 29 hari).
Feb
[kependekan] Februari.
Fe
simbol kimia bagi ferum.
FBI
[kependekan] Federal Bureau of Investigation (sebuah agensi pengadilan di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan penyiasatan kes jenayah).
faundri
(Kejuruteraan) tempat logam atau kaca dileburkan dan dijadikan benda yang mempunyai bentuk tertentu:
~ besi.