(Biologi) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu:
hutan lembap tropika mengandungi setengah daripada hidupan liar, flora, dan ~ di dunia ini.
Author Archives: admin
faul
1. perbuatan, tindakan dan sebagainya yang melanggar sesuatu peraturan dalam permainan atau sukan:
setiap ~ yang dilakukan oleh pemain akan dicatatkan oleh pengadil;
pemain itu telah melakukan banyak ~;
2. batal kerana tidak mematuhi peraturan dalam permainan atau sukan (berkenaan (dengan) pukulan, dan lain-lain);
pukulan ~ pukulan yang menyalahi peraturan sukan atau permainan seperti badminton, tae kwan do dan sebagainya.
fatwa
[Arab] keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);
berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa:
pemimpin yang jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan;
memfatwakan memberikan fatwa.
Fattah
[Arab];
ya ~ alkulub ya Pembuka segala hati (Allah).
fatom
unit untuk mengukur kedalaman sesuatu (seperti laut, lombong dan sebagainya) yang bersamaan dengan 1.83 meter (atau 6 kaki).
fatir
[Arab] [arkaik] tidak beragi (roti).
fatimah
akar (kacip, kunci, selusuh) ~ sejenis tumbuhan (pokok), pokok pinggang, tadah matahari, Labisia pothoina;
pokok ~ sejenis tumbuhan (pokok), akar seru malam, bawal hutan, Phyllagathis rotundifolia.
fathah
[Arab] tanda bacaan huruf Arab yang menandakan bunyi /a/, baris di atas.
fatanah
[Arab] bijaksana (salah satu sifat Rasulullah SAW yang wajib dipercayai).
fatan
[Arab] cerdik, pandai.