1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan:
untuk dapat mencipta cerita yang baik, diperlukan ~;
2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan:
pada kesimpulannya, semua drama adalah ~;
3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya);
sapu tangan ~ sapu tangan untuk perhiasan;
saku ~ saku yang tidak digunakan (hanya untuk perhiasan sahaja);
berfantasi berkhayal, berangan-angan;
memfantasikan mengkhayalkan,mengangan-angankan.
berkongsi