fana

[Arab] tidak kekal, lawan baqa;
berpindah dari negeri yang ~ ke negeri yang baqa meninggal;

memfanakan [sastera lama] meniadakan, memusnahkan:
maha suci bagi Allah yang tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya;

kefanaan perihal (keadaan) tidak kekal.

famili

1. keluarga:
dalam ~ saya, anak yang diharapkan saya seorang;

2. kerabat, sanak saudara:
hampir tiap bulan datang ~ku dari kampung;

3. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dengan genus;

berfamili berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara:
aku sekarang telah kenal hidup ~.

FAMA

akronim bagi Federal Agricultural Marketing Authority (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).

FAM

[kependekan] Football Association of Malaysia (Persatuan Bolasepak Malaysia).

falsafah

pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain;
ahli ~ orang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir;

berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu:
sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan;

kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yang berkaitan dengan falsafah:
yang penting, adanya nada ~ di dalamnya.

falkon

sejenis burung pemangsa daripada famili Falconidae yang terbang pantas dan boleh dilatih untuk memburu burung dan haiwan kecil lain.

falak

[Arab]

1. bulatan langit, lengkung langit, cakerawala;

2. = ilmu ~ kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yang terdapat dalam alam semesta;
ahli ~ orang yang ahli dalam ilmu falak.

fakulti

1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti:
~ perubatan;
~ sains;

2. wakil fakulti untuk sesuatu pertandingan dan lain-lain:
pertandingan bola sepak yang akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dengan ~ pertanian;

3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad:
hanya manusia sahajalah yang mempunyai kesemua ~ ini;
manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yang selalu menggunakan ~ pemikiran yang kritis untuk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya.