faham

1. = fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian:
~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek;

2. fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang, pendapat:
~ mereka saling bercanggah;

3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu:
aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan;

4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu:
~ komunisme;
~ kapitalis faham yang menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme;
~ kapitalis laissez-faire faham yang menganjurkan kegiatan ekonomi yang bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan);
~ sosialis faham yang menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan);
~ sosialis Marx faham sosialis yang disebarkan oleh Karl Marx;
~ taakul faham yang menganggap pemikiran yang dapat diterima, yang merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dan lain-lain);
~nya bagai getah cair (peribahasa) [Minangkabau] tidak tetap pendirian;
angan lalu ~ tertumbuk (peribahasa) [Minangkabau] kemahuan ada tetapi tidak berdaya;

sefaham, sefahaman
1. sependapat, sekeyakinan:
mereka sehaluan dan sefahaman;

2. setuju (dengan);

bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju:
setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain;

kesefahaman keadaan sefaham:
pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;

persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan:
dengan perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;

berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dan lain-lain):
rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan daripada ~ kenegaraan;

2. bijaksana, berbudi, berakal:
ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;

memahami
1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu:
dia dapat ~ setiap pelajaran yang diajarkan oleh gurunya dengan baik;

2. menyelami perasaan seseorang:
ibunya amat ~nya;

3. memandang, menganggap:
dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sebagai suatu kebengisan;

memahamkan
1. memberitahu (supaya difahami):
Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah;

2. mengecamkan (supaya difahami):
lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;

kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya):
oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yang sebenarnya ialah ~ pelajar;

ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami:
itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;

pemahaman perihal memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan:
kesan yang paling ketara yang saya peroleh daripada kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sebagai tatacara hidup yang lengkap.

berkongsi