fail

1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dan sebagainya disimpan secara tersusun:
surat-surat itu disimpannya hati-hati dalam ~;

2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dan sebagainya;

3. (Komputer) sekumpulan data atau maklumat yang berkaitan dan sebagainya yang mempunyai nama tertentu dan dianggap sebagai suatu unit storan;

berfail-fail beberapa banyak fail:
dia perlu menyemak ~ surat yang ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti;

memfailkan
1. memasukkan ke dalam fail, menyimpan dalam fail:
tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan;

2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dan sebagainya) secara rasmi supaya dapat didaftarkan:
kami akan ~ notis untuk mendapatkan satu tarikh perbicaraan;
dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;

pemfailan proses (perbuatan dan sebagainya) memfailkan:
sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dalam komputer;
~ surat penting harus dibuat secara sistematik.

berkongsi