politik

1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan:
pentingnya pengetahuan ~ kepada setiap rakyat negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi;

2. segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain:
dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dalam ~ antarabangsa;
diayah ~
penyebaran pengetahuan (ajaran) politik;
parti ~ pertubuhan yang bergiat dalam bidang politik;
tokoh ~ ahli politik yang terkemuka (terkenal);

3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat;

~ parti kegiatan politik yang dijalankan untuk, melalui atau oleh parti:
beliau telah diberi peluang berkecimpung dalam kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kepada kumpulan orang atau individu tertentu untuk mendapatkan sokongan, terutamanya untuk pemilihan sesuatu jawatan penting dalam parti dan sebagainya;

berpolitik mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik:
keadilan ~ adalah subjektif;

mempolitikkan memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik:
Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yang sebenar yang akan dijalankan oleh kerajaan;

kepolitikan perihal politik;

pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).

berkongsi