ragu-ragu

syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas:
ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu;
ia berasa ragu-ragu hendak menjawab;

meragu [Minangkabau] mengganggu, mengacau, membingungkan:
jangan ~ engkau di sini, mari pulang;

meragui menaruh syak pada, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki:
kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yang diragui lagi;
kejujuran orang itu masih diragui lagi;

meragukan menjadikan ragu-ragu:
jadi, apakah yang ~ hatimu lagi?

keraguan, keragu-raguan
1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan:
kelewatannya pulang daripada biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yang bukan-bukan daripada isterinya;
keragu-raguan itu timbul kerana kata yang dipakai kurang jelas;

2. = ragu-raguan dalam keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak):
Nawawi bertanya ~.

berkongsi